Klik di sini

Thursday, October 15, 2009

Majlis Perkahwinan Kamarul & Atiyah



11 Oktober 2009
Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa

Salam.
Majlis perkahwinan Kamarul dan Atiyah telah mendapat sentuhan Lilcent bagi aturcara,pengacara, persembahan dan sistem bunyi.
Alhamdullillah segalanya berjalan lancar dengan semuanya teratur dan mengikut jadual dengan baik.
Saya menjalankan tugas sebagai pengacara, manakala Kumpulan Gamelan The Echo of The Symphony pula menjalankan tugas sebagai penghibur pada malam gemilang itu.
Majlis ini unik kerana hampir suku dari jemputan terdiri dari keturunan Baba dan Nyonya. Maka suasana yang haru ssaya ciptakan perlulah sesuai dengan kepelbagaian tetamu ini.
Lagu latar klasik irama swing dan bossa menjadi pilihan saya semasa tetamu mula hadir. Perarakan pengantin ke meja utama pula diiringi lagu Togok oleh kumpulan gamelan. Saya turut menyediakan persembahan video dengan menggabungkan gambar - gambar majlis pernikahan mereka dan write - up yang mencuit hati.

"Abang Mohsen, saya dan keluarga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Terimakasih banyak - banyak" Demikian smsm yang dihantarkan kepada saya apabila selesai majlis itu.

Sekiranya anda ingin mengadakan sebarang majlis, hubungi kami bagi membantu anda menganjurkan majlis impian anda. Apa jua bajet anda, kami akan realisasikannya!

Tuesday, October 13, 2009

Kumpulan Muzik Versatil Untuk Majlis Anda


Mohsen & Kuartet Terancang - merupakan sebuah kumpulan muzik versatil yang didukungi oleh ahli muzik yang sangat berpengalaman dalam persembahan pentas dan pelbagai acara.
Dari alunan tradisional Melayu ke himpunan lagu malar segar Inggeris serta lagu - lagu popular kini, Mohsen & Kuartet Terancang sedia memenuhi keperluan majlis anda.
Hubungi kami segera untuk tempahan

013 - 388 9214