Klik di sini

Tuesday, December 15, 2009

Pertandingan Lifestyles Idol 2009

Salam.
Lilcent telah diundang sekali lagi oleh pelanggan setia kami iaitu LIfetsyles Sdn Bhd untuk menyediakan sistem bunyi bagi pertandingan nyanyian mereka iaitu Lifestyles Idols 2009.



Pertandingan yang berlangsung pada 11 Disember di ibu pejabat mereka ini menarik penyertaan ahli mereka dari seluruh tanah air. Kebanyakan dari mereka merupakan ahli Lifestyles berbangsa Cina dan Melayu. Setiap peserta perlu menyanyikan satu lagu pilihan sendiri dan lagu tema Lifestyles.



Lebih menarik lagi, saya sendiri telah diminta menjadi juri dan perlu memberi penumpuan kepada aspek vokal dan kunci suara. Mujur saya tidak perlu menjadi pengkritik. hehehhe



Peserta yang berjaya akan membuat persembahan di National Gala dan pemenang akan membuat persembahan di Bangkok! wa...seronoknya kalau saya yang menyertai pertandingan ini.

Dilampirkan beberapa gambar untuk tatapan anda. Gambar lanjut di facebook saya. Cari Mohsen Amdan. Sekian