Klik di sini

Sunday, November 1, 2009

Perasmian Pameran Filem Bangsaawan & Lagenda




31 Oktober 2009
Galeri FINAS
Jalan Pahang Kecil

Lilcent Event dipertanggungjawabkan oleh FINAS untuk mengendalikan segmen persembahan dan gimik bagi acara ini.
Dihadiri oleh Pengerusi FINAS dan artis veteran seperti Tan Sri Jins Samsudin, Dato Sarimah, Kuswadinata dana beberapa lagi, menjadikan acara ini sangat meriah!

Lilcent Events membekalkan gong bagi tujuan gimik perasmian, Trio Terancang bagi persembahan muzik tradisional dan 2 bakat cilik untuk bercerita kisah bangsawan.

Terimakasih FINAS kerana mempercayai perkhidmatan kami dan semoga kita ketemu lagi

Program Komuniti Harmoni - Hari Habitat Sedunia 2009



31 Oktober 2009
PPR Batu Muda

Salam.
Lilcent Events telah diamanahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengendalikan program Komuniti Harmoni 2009 sempena sambutan Hari Habitat Sedunia 2009.
Sambutan tahun ini menyaksikan PPR Batu muda terpilih sebagai tuan rumah dan semua agensi dibawah KPKT telah terlibat secara langsung dalan hal ini.

Pada awal perancangan, Menteri KPKT dijadualkan hadir tetapi perubahan saat akhir menyebabkan KSU KPKT iaitu Datuk Ahmad Kabit telah diberi tanggungjawab untuk merasmikan majlis.

Hujan sejak beberapa hari lalu merupakan cabaran utama kami dalam keadaan ini. Tetapi syukur semuanya berjalan lancar.
Adibah Noor selaku duta KPKT telah dijemput untuk memeriahkan majlis dan Kombo Bomba telah menjalankan tanggungjawab menghiburkan hadirin.Saya sendiri bertindak sebagai Pengacara Majlis.
Pelbagai pameran telah diadakan dari agensi berkaitan dan beberapa acara sukaneka termasuk tarik tali juga dimuatkan dalam acara ini. VVIP pula telah dijemput menanam pokok sebagai simbol sambutan program ini.

Kepada yang memerlukan perkhidmatan profesional kami, jangan lupa hubungi kami.