Klik di sini

Sunday, November 1, 2009

Program Komuniti Harmoni - Hari Habitat Sedunia 2009



31 Oktober 2009
PPR Batu Muda

Salam.
Lilcent Events telah diamanahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengendalikan program Komuniti Harmoni 2009 sempena sambutan Hari Habitat Sedunia 2009.
Sambutan tahun ini menyaksikan PPR Batu muda terpilih sebagai tuan rumah dan semua agensi dibawah KPKT telah terlibat secara langsung dalan hal ini.

Pada awal perancangan, Menteri KPKT dijadualkan hadir tetapi perubahan saat akhir menyebabkan KSU KPKT iaitu Datuk Ahmad Kabit telah diberi tanggungjawab untuk merasmikan majlis.

Hujan sejak beberapa hari lalu merupakan cabaran utama kami dalam keadaan ini. Tetapi syukur semuanya berjalan lancar.
Adibah Noor selaku duta KPKT telah dijemput untuk memeriahkan majlis dan Kombo Bomba telah menjalankan tanggungjawab menghiburkan hadirin.Saya sendiri bertindak sebagai Pengacara Majlis.
Pelbagai pameran telah diadakan dari agensi berkaitan dan beberapa acara sukaneka termasuk tarik tali juga dimuatkan dalam acara ini. VVIP pula telah dijemput menanam pokok sebagai simbol sambutan program ini.

Kepada yang memerlukan perkhidmatan profesional kami, jangan lupa hubungi kami.

No comments: